December 2016

Dari hati


Dah lama tak menaip..bukan apa..agak kering idea..huhu

Assalamualaikum.. 23/12/2016    10:00 pm.

Dalam entri yang lepas aku ada menghighlightkan tentang genre muzik yang aku sangat gemari iaitu reggae. Muzik yang asalnya dari negara Jamaica ini bermula sekitar tahun 60 –an dan sehingga kini mempunyai ramai pendengar dari seluruh dunia. Nama Bob Marley sudah tidak asing dalam industry reggae ini. Beliau antara orang yang penting dalam industri dan berpengaruh walaupun sudah meninggal dunia. Antara nama-nama yang popular dan aku sangat minat iaitu Ras Muhammad (Indonesia) dan Salam (Malaysia). Sememangnya banyak lagi kumpulan-kumpulan reggae yang ada di negara ini dan negara serantau tapi biasalah..taste masing-masing.

Muzik yang dibawa oleh genre reggae ni majoritinya mempunyai maksud yang tersirat dan mudah difahami. Mesej ataupun pesanan yang deep dan mengenai isu semasa menjadi tarikan untuk orang mendengar dan meminatinya. Mesej-mesej ketuhanan juga diselitkan dalam lagu membuatkan kepelbagaian cara untuk berdakwah.

Buat masa ni aku belum bekerja kerana kehendak hati..Kerja di KFC yang hampir setahun aku terpaksa lepaskan kerana beberapa masalah..

Susah bekerja dengan orang yang suka mengambil kesempatan ke atas rakan sekerjanya..Cuba bayangkan korang bekerja dengan dua orang pada masa yang sama tetapi kau sorang ja yang buat kerja..WTH !.. Itu antara masalah masa aku kerja di sana..

Sekarang aku hanya duduk di rumah dan gigih menyelesaikan tahun 2016.. atas kehendak ibuku yang mahu aku menjadi guru, aku akan pergi ke satu temuduga untuk menjadi guru KAFA..sememangnya ini bukan minat aku..tapi aku akan cuba sebaiknya di temuduga itu..SEJUJURNYA aku memang taknak jadi cikgu..

Semoga pembaca terhibur dan jangan lupa follow.. <3  LET ME WRITE