Permulaan sebagai pelajar Pra Universtiti di SMKA Al Mashoor telah membuat aku berfikir sesuatu..”kenapa aku tak berjaya macam orang lain”... Kematangan yang timbul dalam diri aku sebagai seorang yang berumur 19 tahun banyak mengubah kehidupan aku.

Aku bersama 18 lagi pelajar berjuang untuk diri sendiri..untuk tebus maruah..Asalnya daripada 21 orang dan kini hanya tinggal 19 orang. Banyak cabaran kami tempuhi bersama sepanjang tempoh kami menjadi pelajar di sini.Kini kami berada di penggal yang terakhir dalam Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM).
            
             Majoriti kami berasal dari sekolah ini dan dari Maahad Almashoor Al Islami. Minoriti dalam kelas kami hanya dari sekolah bantuan kerajaan (SABK). Racist?  Wujud sedikit rasa itu antara kami semua. Semuanya bermula  apabila seorang insan ini membeza-bezakan pelajar SMKA dengan SABK. Semoga dia gembira selalu. Kadang-kadang kami melawak agak berpada-pada kerana takot ada yang ‘sentap’.

Ada dikalangan kami yang menegur sesama kami (jika ada buat salah)  secara ‘direct’. Kalau fikir kembali ada bagusnya orang seperti ini. Ada juga dikalangan kami yang degil (termasuk diri sendiri) yang agak susah untuk ditegur. Jika ditegur mesti akan dibalas balik. ‘AWESOME BRO’ !


Sejujurnya aku memang susah untuk berkawan kerana aku seorang yang lebih suka diam. Memang tidak mustahil  dalam ramai-ramai kami ni aku tidak berapa nak ‘ngam’ Walaubagaimanapun aku tetap bersahabat dengan semua orang dalam kelas ni. Beberapa orang yang aku sangat selesa apabila berbicara dan berbincang. Syukur Alhamdulillah.

to be continued..
 


2 comments :

  1. Persahabatan itu tidak pernah lepas daripada kasih sayang dan kata maaf. Dont be sad, you will see that one day everything is going to be just fine.

    ReplyDelete