Wednesday, March 2, 2016

Long Time No Typing !

2/3/2016 8.20 pm

Assalamualaikum....sekian lama tidak menaip di blog ni..saya ada beberapa cerita hendak dikongsikan.

Sekarang aku telah menjadi pekerja di KFC TESCO Jelutong. Buat masa ni aku selesa bekerja di situ dan aku harap keselesaan ni kekal sehingga aku berhenti kerja. Kawan-kawan yang hampir sebaya sangat memberi kesan terhadap diri aku kerana aku selesa untuk berkomunikasi dengan mereka. Sikap manager-manager yang sangat mesra membuatkan semua pekerja termasuk aku berasa seperti kami ini satu keluarga. Bekerja di sana telah memberi pelbagai pengalaman yang sangat berguna untuk masa hadapan ku.

Aku yang mulanya agak segan untuk berinteraksi dengan wanita membuatkan aku berasa sukar untuk bekerja di situ tapi setelah sekian lama aku menjadi selesa dengan untuk bercakap dengan mereka.  Hampir tiga bulan aku bekerja kini aku telah mendapat STAR 1 yang mana aku pun tidak tahu kenapa aku layak mendapatkannya..

Haaa..hari ni ialah hari keluarnya keputusan STPM. Walaupun aku cuma mendapat pointer 2.4 tetapi aku tetap bersyukur kerana syarat untuk memasuki universiti telah aku lepasi. Bidang sastera dan bahasa adalah minat aku (tak lupa juga bidang penulisan). Aku ingin menyambung pelajaran dalam bidang sastera tetapi aku hanya mampu merancang. Dalam masa yang sama aku berfikir sama ada aku perlu belajar ataupun terus bekerja. Aku memikirkan kos yang akan aku hadapi ketika aku belajar nanti. Kalau boleh aku tidak mahu menyusahkan ibu bapa aku tetapi minat aku untuk menyambung pelajaran sangat membara. Sekali lagi...aku hanya mampu merancang.
                
            Dalam keadaan aku memikirkan masa hadapan diri aku ni, aku tetap memikirkan tentang nasib umat Islam yag makin hari makin ditindas dan ditipu. Pada pendapat aku,kita tak boleh terlalu mempercayai sesebuah maklumat yang disampaikan kepada kita kerana kita perlu berfikir dan mencari kesahihan maklumat tersebut. Terlajak perahu boleh diundur,tersilap maklumat masyarakat binasa. Aku memikirkan bagaimana nasib masyarakat Islam di negara ini khususnya di Pulau Pinang yang semakin lama dihimpit oleh kepesatan pembangunan. 
            
            Bukan aku mahu menyemai atau mencipta masalah perkauman tetapi apa salahnya jika semua masyarakat di sini mendapat hak yang sama. Bukankah itu akan menguatkan lagi perpaduan kita?


Bukan nak cakap apa-apa tetapi LET ME WRITE  <3

TAMAT

2/3/2016 9.12 pm