Friday, January 30, 2015

Hidupku

30/1/2015
9.15 a.m.

Alhamdulillah,kini aku telah belajar pelbagai ilmu di sekolah.Pengajian Am diajar oleh Cikgu Hayati yang tegas.Bahasa Melayu diajar oleh Cikgu Abdullah yang sempoi.Usuluddin diajar oleh ustazah baru iaitu Ustazah Anis.Syariah diajar oleh ustazah yang berpengalaman iaitu Ustazah Ruziah dan akhir sekali subjek Sejarah yang diajar oleh guru yang penyayang iaitu Cikgu Zainon
.
Aku berada dalam keadaan yang agak kepenatan kerana aku menjadi pelajar harian.Keletihan yang aku rasakan sangat berbaloi kerana aku mempunyai masa yang lebih untuk menyelesaikan tugasan kerja kursus untuk subjek PA,BM,SYARIAH dan SEJARAH.

Aku masih berasa sedih kerana kehilangan kekasihku pada 5/12/2014.Hidup aku sunyi dan tidak ada tujuan selepas pemergiannya.Alhamdulillah aku mempunyai peluang untuk rapat dengan ahli keluarganya.Aku memanggil emaknya dengan panggilan mak.Sekurang-kurangnya mak arwah kekasihku itu mempunyai anak sulung yang lain walaupun bukan dari kandungannya.