Alam Game (Memori & Akhir)

Alam Game (Memori & Akhir)


Assalamualaikum guys..haha

Kepada yang membaca post aku yang lepas iaitu alam game mobile, aku ada bagitahu yang post ni akan membuat anda semua menitiskan air mata..

So..

Here we go !

Post yang aku akan ceritakan hari ni adalah kisah terakhir dalam universe alam game aku. Aku akan menceritakan segala pengalaman pahit dan manis sepanjang aku membesar dan memasuki alam game yang aku cipta ni bak kata orang Manchester “how I  struggle to involve in this realm”…cehhh..

Aku mulakan dengan pengalaman manis. Sepanjang aku berada di dalam alam game, kemahiran aku untuk menulis, bertutur dan kefahaman aku dalam Bahasa Inggeris sangatlah membanggakan…bagi aku lah..Contohnya masa aku main Warcraft 3 : The Frozen Throne, banyak perkataan bahasa Inggeris yang aku belajar daripada story mode game tu sampaikan masa main tu aku letak kamus kat sebelah…tak cukup dengan tu..tah berapa kali aku pause masa main game tu sebab banyak gila perkataan yang aku tak faham. Sekarang pun aku masih ikut formula ni dan untuk para pembaca dan pengikut blog aku, korang boleh ikut jugak kalau korang kaki game la. Aku syorkan korang main game  yang ada cerita dan bukan game yang macam PUBG Mobile dan Mobile Legend.





Pengalaman manis yang kedua yang aku nak cerita ni antara peristiwa yang paling aku tak boleh nak lupakan dalam hidup aku. Masa tu kalau aku tak silap masa darjah 6 aku berpeluang ke negeri jelapang padi iaitu Kedah tapi bukan sebab masuk pertandingan ke apa..dia macam….kebetulan..hahaha..Kalau korang ada baca alam game (komputer) korang akan perasan nama Fazri a.k.a Aji. Masa tu aku tengah main game kat rumah dia kebetulan masa tu jugak diorang tengah bincang nak balik kampung dan sekali lagi kebetulan terjadi apabila ayah dia ajak aku ikut sekali sebab adik beradik Aji ni tak ikot sekali. Maka dengan itu aku dapat merasai Iman Char Kuay Tiaw dan Nasi Lemak Royale yang gila popular di Kedah. Meronda tu tayah cakap, memang sakan ditambah pulak kawasan rumah kampung dia tu sebelah sawah..padu beb!




Ok..korang boleh siapkan tisu kat sebelah sambal baca kisah seterusnya ni..

Setiap keriangan yang kita alami akan ada pahitnya. (dramatik sikit) Pada awalnya aku tidak berpeluang untuk memiliki sebarang alat permainan yang moden macam Playstation dan Komputer dan disebabkan itu aku perlu tebalkan muka aku untuk main game kat rumah kawan-kawan aku. Setahu aku kawan-kawan aku dengan keluarga diorang ok je sebab memang rapat tapi jauh dari sudut hati aku, aku malu sebab rasa macam menumpang keseronokan. Kadang-kadang aku lak yang mintak nak main kat rumah diorang..aihh..ingat balik suma tu..malu weh..tapi semua ni tak cukup sedih lagi, harap korang teruskan baca..

Bila main kat rumah kawan-kawan ni, sah-sah aku takda kat rumah jadi benda ni membawa ke pengalaman pahit yang satu ni apabila aku beberapa kali dipukul oleh mak aku. Aku faham kenapa aku kena pukul dan aku tak salahkan mak aku sebab budak-budak kan..biasa lah..nakal..cuma peristiwa ni kan terus jadi peristiwa hitam dalam hidup aku. Kalau ikutkan tak jauh pun aku pergi beza setingkat dengan blok sebelah tapi makan dia..kat bawah ni benda yang pernah hinggap kat badan dengan muka aku..takda gambar yang tepat tapi hampir-hampir..kira jadilah..haha..berbekas jugak lah pembaris tu kat pipi aku yang bam-bam ni..




Macam tu lah kisah aku..macamana aku boleh terjebak, pengalaman pahit dan manis sepanjang aku dalam alam game ni. Sampai sekarang macam yang aku pernah cerita kat kisah sebelum ni,aku Cuma main game dekat komputer riba dan masih belum berpeluang untuk memiliki sebarang konsol. Jadi tamatlah kisah aku berkenaan alam game ni.

Kepada pengikut dan pembaca blog aku..korang boleh komen kat bawah apa-apa yang korang nak aku cerita lepas ni. Jangan lupa jugak untuk follow FB dan IG aku.

Terima Kasih semua ..

 

 


14 comments :

  1. Saya dh prepare pasang lagu sedih untuk part air mata tu, hehe. Adik saya pun macam bro jugak dulu, mcm2 dh hinggap ke badan dia. tali pinggang, getah paip, hanger. tpi alhamdulillah dia membesar elok. Mak kitorang bukan sejenis yg kalau minx terus bagi, jdi sementara menunggu adik saya mmg byk tumpang main dkt kwn. Apapun, teruskan menulis k? I enjoy your writing so much!

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks a lot sebab support..msih belajar lagi bab2 penulisan ni lagi2 bab sdih..untuk sesetengah budak2 memang game ni akan tinggalkan depa bnyak kenangan..thanks again..sya akan treus menulis..

      Delete
    2. most wc..! the more you read, the better you will be at writing.. guluck!

      Delete
  2. Kadang kadang ketegasan mak ayah kita ni nak mendidik kita sebenarnya. sebab keluarga saya pun agak strict tapi insyaAllah ada yang terbaik!

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu..setuju..cuma depend on cara mak ayah tu untuk didik anak2 diorang supaya ketegasan mereka tak disalah erti..

      Delete
  3. it's cool to know that you learn english from a video game. see, everything mesti ada benefits dia kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yess..i learn lot of vocabulary from a game..betul..tapi selalu org nmpak keburukan ja..hmm

      Delete
  4. tulah kenangan bile dah besar boleh ingat balik memori pahit manis tu..cool kan? salam singgah

    ReplyDelete
    Replies
    1. btul tu...bla ingat2 blik..mmg nostalgia rsanya..

      Delete
  5. Kalau berbicara tentang game, seperti dunia ini yang penuh dengan petualangan dan tantangan.

    ReplyDelete
  6. Saya ingin berbagi dengan Anda semua di sini bahwa ada peluang besar bagi individu atau perusahaan untuk mengakses pinjaman dari Tuan Pedro, petugas bagian pinjaman yang memberi saya pinjaman sebesar $800,000 untuk membiayai proyek bisnis saya dengan tingkat pengembalian tahunan 2%, Tuan Pedro adalah pria baik hati yang bekerja dengan investor dan mereka juga menawarkan program pinjaman investasi untuk membiayai bisnis bonafide di seluruh dunia.
    Hubungi Tuan Pedro
    Di Email:pedroloanss@gmail.com
    Nomor Whatsappwhatsapp: +393510140339.

    ReplyDelete