Pak Dogo

Pak Dogo


Assalamualaikum…


Semalam aku telah menonton sebuah telefilem yang bertajuk Pak Dogo di Astro Citra. Telefilem ini diarahkan oleh seorang pengarah yang tidak asing lagi dengan karya-karya hebat iaitu Sabri Yunus. Beliau sememangnya dikenali dengan penghasilan karya yang mengangkat budaya masyarakat Kelantan seperti telefilem Pok Ya Cong Codei dan Panjak 7. Telefilem ini sepenuhnya dilakonkan oleh pelakon-pelakon dari Kelantan dan semua dialog di dalamnya dituturkan dengan loghat Kelantan disertakan dengan sarikata Bahasa Melayu baku.

Tujuan aku menulis ini bukan untuk mengkritik atau menceritakan tentang karya ini secara terperinci tetapi hanya untuk memberi ulasan mengikut pandangan aku a.k.a palatau..haha.

Sinopsis

Telefilem ini mengisahkan tentang Zakaria ataupun dipanggil Khoya yang sangat meminati dan mahu menjadi tok dalang di dalam persembahan wayang kulit walaupun ditentang oleh ibunya. Khoya mempunyai seorang musuh iaitu Sidek. Mereka berdua menyukai perempuan yang sama iaitu Salmi dan di situ juga lahir konflik antara mereka. Setelah berusaha dengan bersungguh-sungguh, Khoya berjaya menjadi tok dalang dan diserahkan kepadanya satu patung wayang kulit yang mempunyai keramat iaitu Pak Dogo. Khoya telah membuat perjanjian dengan Pak Dogo supaya Pak Dogo menjaga keselamatannya.

Ulasan

Bagi pandangan aku terdapat beberapa babak yang menimbulkan persoalan dan kekeliruan. Inilah yang menarik tentang telefilem ini.

1.     Di dalam satu babak antara Salmi dan Khoya, Salmi memberitahu yang dulunya dia membenci Khoya dan babak ini menghasilkan persoalan di pemikiran aku tentang bagaimana usaha Khoya memikat hati Salmi.

2.     Watak Khoya dan Sidek. Dua watak ni bagi aku sangat menarik kerana di awal cerita ditunjukkan yang Khoya ini adalah pemuda yang baik dan Sidek sebagai antagonis.

3.     Patung Pak Dogo diserahkan kepada Pak Do dan Khoya walaupun dikatakan diwarisi sejak turun temurun oleh seorang tok dalang yang sangat berpengalaman dan juga dikatakan hanya keturunannya sahaja boleh mewarisi patung itu.

Pengajaran yang aku dapat dari telefilem Pak Dogo :

·        Menjauhkan diri daripada amalan syirik. Wayang kulit jika hanya untuk persembahan atau hiburan ia dibolehkan tetapi jika diamati dengan lebih dalam, seni wayang kulit ini mempunyai unsur-unsur pemujaan roh semasa persembahan. Menurut ibuku, wayang kulit juga mempunyai upacara santapan makanan kepada roh ataupun semangat kepada patung-patung itu.

·        Memikat wanita dengan cara yang betul. Kita tidak perlu menggunakan cara yang salah untuk mendapatkan perhatian atau kasih sayang. Watak Sidek dari sudut yang lain menunjukkan cara yang sebenar iaitu kita mengambil hati dan mempunyai hubungan yang baik dengan ibu bapa perempuan yang kita inginkan.

·        Menjaga warisan budaya kita. Watak Pak Do ketika dia bersembang dengan Khoya memberitahu yang dia tidak membuat kerja lain selain dari membuat patung dan menjadi tok dalang. Aku dapat lihat kesungguhan Pak Do dengan memberikan sepenuh jiwa dan raga untuk memastikan wayang kulit terus dijalankan. Dia juga memarahi Khoya dan kawan-kawannya yang bermain-main ketika berlatih wayang kulit.

Jawapan untuk kekeliruan dan persoalan :

1.     Khoya sebenarnya mendapatkan bantuan Pak Do untuk memikat Salmi. Dia menggunakan ilmu yang salah dan berjaya dihidu oleh Sidek dan ayah Salmi. Mujurlah pada akhir cerita ini ayah Salmi mendapatkan bantuan seorang ustaz di kampung itu.

2.     Watak Khoya di awal cerita menunjukkan sikap yang rajin dan bersungguh-sungguh tetapi dibongkarkan perbuatan khurafatnya sehinggakan Salmi tergila-gilakan dirinya.

3.     Khoya sebenarnya mempunyai pertalian darah dengan pemilik asal patung Pak Dogo. Khoya ada memberitahu kepada Pak Do mengenai hal ini setelah dia berjaya menjadi tok dalang. Ibu Khoya juga ada memberitahu tentang perkara ini kepada roh patung Pak Dogo untuk memberhentikan gangguan yang dialami oleh Khoya

Dari segi kualiti, telefilem ini mempunyai sinematografi yang sangat cantik dan bertaraf filem. Hasil kerja pengarah Sabri Yunus yang mahu menonjolkan perihal wayang kulit di Kelantan sememangya A++. Di akhir cerita ditunjukkan bahawa tiada kuasa yang boleh menandingi kuasa Allah SWT dengan ditunjukkan berlaku kebakaran ketika upacara bersemah dan telah menamatkan telefilem Pak Dogo. Link di bawah ialah lagu mengenai watak Pak Dogo yang dinyanyikan oleh M.Nasir


https://www.youtube.com/watch?v=L0mrLdBJ57c

10 comments :

  1. Hasil karya Sabri Yunus memang selalunya ke-kelantan-an, ada wayang kulit, dikir barat, etc. Kira agak unik sebenarnya!

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu..pstu dia cerita dengan detail..tu yg best..

      Delete
  2. bagus reviewnya. moga lebih semangat buat review movie2 menarik yang lain :)

    ReplyDelete
  3. i admit that you're so good on making a review. jadi tertarik nak tengok ceritanyer. thanks for the review. done follow your blog. <3

    ReplyDelete
  4. Bagus ulasannya. Saya penasaran dengan cara pengambilan gambar adegan di film ini.

    ReplyDelete
  5. sis dah buta dunia industri perfileman dan hiburan tanah air. tapi something about culture with a little bit mystique element? I'm on! nak usha nanti. thank you for the sharing :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. yes sis...cta ni mmg mix culture ngan mistique..tu yg mnarik..hehe..berbaloi usha cta ni..hehe

      Delete