Thursday, August 25, 2016

SPOIL day...

Assalamualaikum...

Tahniah kepada yang berjaya mendapat tempat di universiti..Aku? masih gagal untuk mendapat tempat...jadi dengan harapan yang menggunung aku terus menunggu sehingga tamat tempoh semakan rayuan.

Hari adalah hari yang agak spoil untuk diri aku disebabkan oleh kegagalan aku mendapatkan tempat di universiti dan....satu perkara lagi...di tempat kerja aku..aku akan kehilangan seorang kawan yang sangat istimewa bagi diriku..dia akan pulang ke Acheh untuk menyambung pelajarannya dalam bidang syariah..Dia banyak mengajar aku erti kehidupan..kehilangan seseorang di dalam hidupku bukanlah perkara yang asing..tetapi jika hati aku berat untuk melepaskan orang itu...semestinya dia istimewa..

Beberapa perkara idea yang ingin aku muntahkan di alam maya ini...ianya berkenaan muzik. Muzik adalah sesuatu entiti yang sangat aku gemari..pelbagai genre muzik yang aku dengar sehinggakan aku tertarik dengan satu genre ini iaitu REGGAE..


bersambung..

Tuesday, August 9, 2016

Seize The Day


Selasa, 2:04 pagi..

Assalamualaikum...

Tup tap tup tap.....badummm tsssss

Hari ini (semalam) merupakan hari yang sangat thrilling kepada pelajar-pelajar STPM 2015 kerana keputusan kemasukan ke IPTA telah diumumkan...

Tahniah kepada yang berjaya...ada yang sampai dapat dua tawaran (jeles gila) dan yang mendapat satu tawaran...kepada yang mendapati perkataan yang keluar di laman sesawang itu mengecewakan diri anda...usah risau dan berdukacita...teruskan usaha anda dalam e-rayuan yang boleh memberikan kita peluang untuk belajar di IPTA..

kenapa kita?? 
Sebab saya antara orang yang telah dikecewakan hari ini...huhu..

Baru selesai isi rayuan ke IPTA..kali ini aku lebih berhati-hati dalam pemilihan...

Kerja yang sebelum ini aku rasa ingin berhenti terpaksa aku tangguhkan niat  sehingga hari keputusan...

Kesimpulan dari apa yang aku dapat hari ini sesuatu kejayaan tidak akan dapat dikecapi dengan hanya duduk diam dan berdoa..tapi mesti selaras dengan usaha..
 Sesuatu yang kita suka tidak semestinya akan menjadi milik kita..

to be continue..

KAMUS SEGERA :
thrilling - mendebarkan

LETMEWRITE <3