Alam Game (Konsol)
Assalamualaikum
Hampir dua tahun aku tidak menulis apa-apa dalam blog
ni..haha..tetapi setelah melepasi segala rintangan dan cabaran akhirnya ia
berjaya disiapkan.."bajet macam siap novel" kataku dalam
hati. Dalam posting kali ni aku akan menceritakan tentang
asal usul alam game yang telah wujud sekian lama di dalam
kehidupanku yang indah ini. Kisah ini akan diceritakan dalam beberapa siri.
Ianya bermula sekitar tahun 2000 apabila ayahku membeli sesuatu
yang dipanggil Game Tape. Aku tak pasti apa nama sebenarnya tapi
itulah yang dipanggil oleh aku dan abang aku yang memonopoli alat ini
sepenuhnya tapi still kena buat muka comel untuk meminta
kebenaran daripada ibuku. Game yang kami main ketika itu
antaranya Mario, Duck Hunt dan Contra. Antara
peristiwa yang aku tak boleh lupa masa main alat tu ialah ketika abang aku
menghabiskan semua tahap di dalam game Contra. Aku yang
bermain dengan membabi buta dan tidak menggunakan akal serta cepat berputus asa
hanya melihat dia menjuarai game itu.
What a wonderful moment !
Kisah ini bersambung setelah aku dan keluargaku berpindah ke Pulau
Pinang pada tahun 2002. Ketika aku tinggal di Bayan Indah aku berjiran dengan
guruku sendiri iaitu Cikgu Laila tapi itu tak cukup menarik
lagi..yang menariknya anak beliau mempunyai PS1. Di situ aku mula mengenali
selok belok bermain PS dan antara game yang aku ingat ialah WWE.
Kisah ini menjadi lebih menarik apabila aku mengenali Arif iaitu jiran Cikgu
Laila. Aku mendapat pengalaman yang lebih banyak bersama Arif kerana dengan dia
aku sempat bermain PS2 dan Xbox. Hal ini telah berjaya menambah pengalaman dan
ilmu aku tentang game (acah ayat karangan bm). Masa ini
jugaklah game-game seperti FIFA, GTA, Manhunt dan The Warriors
telah menembusi mindaku sehingga aku obses. FIFA adalah game yang sampai
sekarang aku main dan tak boleh nak move on...haha..
Game The Warrior telah memberikan aku sebuah kenangan yang aku
tidak akan lupakan sampai bila-bila kerana aku berjaya menghabiskan keseluruhan
game ni dengan bantuan Fazri aka Aji.
Watak Aji sangat berperanan besar dalam hidup aku...nak tahu
kenapa? Tunggu cerita yang seterusnya dalam siri alam game ni..Jumpa
lagi !!
Let Me Write 💬
Ya Allah, rindunya dgn game console ni..! Dulu saya ada satu kongsi main dgn adik.. huhu rindu zaman kecik2..
ReplyDeletetrima kseh sbb singgah sini..mmg ridu..kalau kenang blik mmg sehari tak cukup..huhu
Deletetrima kseh sbb singgah sini..haha..nk beli tu satu..pstu kalau tkley main..pnya la tiup2 tape tu..haha..mmg indah
ReplyDelete