Hidupku
30/1/2015
9.15
a.m.
Alhamdulillah,kini aku telah belajar pelbagai ilmu
di sekolah.Pengajian Am diajar oleh Cikgu Hayati yang tegas.Bahasa Melayu
diajar oleh Cikgu Abdullah yang sempoi.Usuluddin diajar oleh ustazah baru iaitu
Ustazah Anis.Syariah diajar oleh ustazah yang berpengalaman iaitu Ustazah
Ruziah dan akhir sekali subjek Sejarah yang diajar oleh guru yang penyayang
iaitu Cikgu Zainon
.
Aku berada dalam keadaan yang agak kepenatan kerana
aku menjadi pelajar harian.Keletihan yang aku rasakan sangat berbaloi kerana
aku mempunyai masa yang lebih untuk menyelesaikan tugasan kerja kursus untuk
subjek PA,BM,SYARIAH dan SEJARAH.
Aku masih berasa sedih kerana kehilangan
kekasihku pada 5/12/2014.Hidup aku sunyi dan tidak ada tujuan selepas
pemergiannya.Alhamdulillah aku mempunyai peluang untuk rapat dengan ahli
keluarganya.Aku memanggil emaknya dengan panggilan mak.Sekurang-kurangnya mak
arwah kekasihku itu mempunyai anak sulung yang lain walaupun bukan dari
kandungannya.
0 Comments :
Post a Comment