Long Time No Typing !
2/3/2016 8.20 pm
Assalamualaikum....sekian lama tidak menaip di blog ni..saya
ada beberapa cerita hendak dikongsikan.
Sekarang aku telah menjadi
pekerja di KFC TESCO Jelutong. Buat masa ni aku selesa bekerja di situ dan aku
harap keselesaan ni kekal sehingga aku berhenti kerja. Kawan-kawan yang hampir
sebaya sangat memberi kesan terhadap diri aku kerana aku selesa untuk
berkomunikasi dengan mereka. Sikap manager-manager yang sangat mesra membuatkan
semua pekerja termasuk aku berasa seperti kami ini satu keluarga. Bekerja di
sana telah memberi pelbagai pengalaman yang sangat berguna untuk masa hadapan
ku.
Aku yang mulanya agak segan untuk
berinteraksi dengan wanita membuatkan aku berasa sukar untuk bekerja di situ
tapi setelah sekian lama aku menjadi selesa dengan untuk bercakap dengan
mereka. Hampir tiga bulan aku bekerja
kini aku telah mendapat STAR 1 yang mana aku pun tidak tahu kenapa aku layak
mendapatkannya..
Haaa..hari ni ialah hari
keluarnya keputusan STPM. Walaupun aku cuma mendapat pointer 2.4 tetapi aku
tetap bersyukur kerana syarat untuk memasuki universiti telah aku lepasi.
Bidang sastera dan bahasa adalah minat aku (tak lupa juga bidang penulisan).
Aku ingin menyambung pelajaran dalam bidang sastera tetapi aku hanya mampu
merancang. Dalam masa yang sama aku berfikir sama ada aku perlu belajar ataupun
terus bekerja. Aku memikirkan kos yang akan aku hadapi ketika aku belajar
nanti. Kalau boleh aku tidak mahu menyusahkan ibu bapa aku tetapi minat aku
untuk menyambung pelajaran sangat membara. Sekali lagi...aku hanya mampu
merancang.
Dalam
keadaan aku memikirkan masa hadapan diri aku ni, aku tetap memikirkan tentang
nasib umat Islam yag makin hari makin ditindas dan ditipu. Pada pendapat
aku,kita tak boleh terlalu mempercayai sesebuah maklumat yang disampaikan
kepada kita kerana kita perlu berfikir dan mencari kesahihan maklumat tersebut.
Terlajak perahu boleh diundur,tersilap maklumat masyarakat binasa. Aku
memikirkan bagaimana nasib masyarakat Islam di negara ini khususnya di Pulau
Pinang yang semakin lama dihimpit oleh kepesatan pembangunan.
Bukan aku mahu
menyemai atau mencipta masalah perkauman tetapi apa salahnya jika semua
masyarakat di sini mendapat hak yang sama. Bukankah itu akan menguatkan lagi
perpaduan kita?
Bukan nak cakap apa-apa tetapi LET
ME WRITE <3
TAMAT
2/3/2016 9.12 pm
yg nie sy setuju, masyarakat skrg terlalu percaya kpd berita2 yg disampaikan melalui media sosial dan menviralkannya tanpa usul periksa ttg kesahihan sesuatu maklumat itu.
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
Delete