Patriotik tak boleh mati
7/10/2015
10:20 pm
Walaupun musim
kemerdekaan telah berlalu, patriotik tidak harus terpadam dalam diri..
Saya ada menonton
telefilem tentang sejarah perjuangan Rosli Dhobi dan ahli-ahli rukun 13..
Kisah ini telah
menjelmakan satu perasaan yang tidak boleh digambarkan dengan kata-kata. Di
samping menceritakan tentang perjuangan menuntut kebebasan negeri Sarawak dari
British, kisah ini menyelitkan tentang percintaan Rosli Dhobi dan Ani. Saya
sendiri tidak tahu kesahihan tentang percintaan ini. Kisah percintaan yang
diolah dengan sangat baik oleh kedua-kedua pelakon yang memegang watak Rosli
dan Ani sangat berkesan dan menghadirkan perasaan hiba ketika menontonnya.
Pengorbanan Ani yang tidak berkahwin mungkin kerana beliau memegang janjinya
dengan Rosli Dhobi. “Janji dengan nyawa *kita” adalah kata-kata janji yang
disampaikan Rosli kepada Ani.
*kita bermaksud
kamu...loghat Sarawak...
Rosli Dhobi telah
melakukan sesuatu yang sangat berani dan tidak mampu dilakukan tanpa semangat
juang yang tinggi. Lakonan pelakon Beto Kusyairi telah memberi gambaran tentang
sikap dan semangat yang ada pada Rosli Dhobi yang perlu ada pada anak muda
zaman sekarang.
Rosli Dhobi telah
korbankan usia muda beliau untuk negeri Sarawak. Adakah pengorbanan ini mampu
dilakukan oleh anak muda zaman kini? Tepuk dada tanya hati.
Andai saya ada menulis
kisah yang tidak betul atau palsu, maafkan saya..
Tamat...7/10/2015 10:55 pm
LET ME WRITE
<3
0 Comments :
Post a Comment