October 2015

Aku di Oktober


10 Oktober 2015   3:10 am

(muzik oleh Sada Borneo sedang dimainkan)

Assalamualaikum..

Tidak lebih dari sebulan lagi aku akan menghadapai peperiksaan STPM penggal tiga. Peperiksaan ini juga termasuklah dengan ulangan kertas penggal satu dan dua  yang tidak mencapai gred yang dikehendaki. Dalam masa yang sama aku juga akan menghadapi Malaysian University English Test (MUET) pada 6 November. Alhamdulillah aku telah pun mendapat band tiga untuk ujian yang pertama. Oleh kerana impian ku untuk memasuki kursus TESL di universiti aku sekali lagi menduduki ujian MUET.


Keputusan di atas adalah keputusan penggal satu dan dua. Menyedihkan Bro !   In Sha Allah untuk penggal tiga aku akan perbaiki keputusan ini.

(lagu Hakikat Cinta oleh Kumpulan Simfoni sedang dimainkan)

Hanya kasihkan Ilahi jadikan impian. Cinta pada manusia hanyalah sementara

Sememangnya hanya pada Allah yang kita boleh memohon pertolongan. SAY NO TO SYIRIK ! Jadi jika aku dan anda (pembaca)  mendambakan kejayaan dalam hidup di dunia dan akhirat, marilah kita sama-sama bermuhasabah diri ataupun dengan mudah difahami kita beristighfar sebelum kita memohon pertolongan dari-Nya.

3:45 am 

LET ME WRITE  <3


Patriotik tak boleh mati


7/10/2015 10:20 pm

Walaupun musim kemerdekaan telah berlalu, patriotik tidak harus terpadam dalam diri..

Saya ada menonton telefilem tentang sejarah perjuangan Rosli Dhobi dan ahli-ahli rukun 13..

Kisah ini telah menjelmakan satu perasaan yang tidak boleh digambarkan dengan kata-kata. Di samping menceritakan tentang perjuangan menuntut kebebasan negeri Sarawak dari British, kisah ini menyelitkan tentang percintaan Rosli Dhobi dan Ani. Saya sendiri tidak tahu kesahihan tentang percintaan ini. Kisah percintaan yang diolah dengan sangat baik oleh kedua-kedua pelakon yang memegang watak Rosli dan Ani sangat berkesan dan menghadirkan perasaan hiba ketika menontonnya. Pengorbanan Ani yang tidak berkahwin mungkin kerana beliau memegang janjinya dengan Rosli Dhobi. “Janji dengan nyawa *kita” adalah kata-kata janji yang disampaikan Rosli kepada Ani.

*kita bermaksud kamu...loghat Sarawak...

Rosli Dhobi telah melakukan sesuatu yang sangat berani dan tidak mampu dilakukan tanpa semangat juang yang tinggi. Lakonan pelakon Beto Kusyairi telah memberi gambaran tentang sikap dan semangat yang ada pada Rosli Dhobi yang perlu ada pada anak muda zaman sekarang.
Rosli Dhobi telah korbankan usia muda beliau untuk negeri Sarawak. Adakah pengorbanan ini mampu dilakukan oleh anak muda zaman kini? Tepuk dada tanya hati.

Andai saya ada menulis kisah yang tidak betul atau palsu, maafkan saya..

Tamat...7/10/2015 10:55 pm

LET ME WRITE <3