Home » Archives for 2015
30/11/2015 10.20 pm
COCA-COLA DAN BENJO !
Fuhhh..alhamdulillah...dah selesai exam stpm aku..berpisah
kami rakan sekelas 6 Qutaibah yang sentiasa bersama susah dan senang...dalam
tekanan dan pujian...
Syakir..Syahir..Mustakim..Ruzaini..Izzudin..Faris..Arif Syazwan..Amin..
Syazwan Sulaiman..Anas..Adib..Muhammad..Luqman..Alif..Firdaus..Muhaimin..Arif..Salihin
Setahun setengah tempoh yang sangat tidak cukup untuk
mengenali antara satu sama lain...tapi alhamdulillah...kami rapat macam
adik-beradik...walaupun ada kadang-kadang ada bermasam-muka tapi dapat
diselesaikan dengan aman..
Kenapa tajuk entri ni coca-cola dan benjo?
Let me write
about it....
Habis ja exam
tadi...huhu...rasa bebas otak...rasa bebas fizikal ni....tapi bila sampai ja
umah rasa camna tah....rasa happy...tapi...hmmm...ada lah..
Niat hati nak celebrate last day exam...tapi...celebrate
sorang-sorang ja...lepas aku rasa stress tadi...aku keluar dari rumah untuk
mencari ketenangan dan kegembiraan hati...lepak pantai QB..angin
sepoi-sepoi...kena gigit nyamuk...aku terus pergi dari kawasan tu...tiba-tiba
rasa nak celebrate dengan makanan terpikir pulak benjo dan coca-cola...pusing
cari kedai burger dapat la beli jugak akhirnya...dan satu tin
coca-cola...huhuu...Begitulah ceritanya....huhu...bukan nak berlagak cuma....
LET ME WRITE <3
Aku di Oktober
8:06:00 AM Shahrul Amin
10 Oktober 2015 3:10 am
(muzik
oleh Sada Borneo sedang dimainkan)
Assalamualaikum..
Tidak
lebih dari sebulan lagi aku akan menghadapai peperiksaan STPM penggal tiga.
Peperiksaan ini juga termasuklah dengan ulangan kertas penggal satu dan
dua yang tidak mencapai gred yang
dikehendaki. Dalam masa yang sama aku juga akan menghadapi Malaysian University
English Test (MUET) pada 6 November. Alhamdulillah aku telah pun mendapat band
tiga untuk ujian yang pertama. Oleh kerana impian ku untuk memasuki kursus TESL
di universiti aku sekali lagi menduduki ujian MUET.
Keputusan
di atas adalah keputusan penggal satu dan dua. Menyedihkan Bro ! In Sha Allah untuk penggal tiga aku akan
perbaiki keputusan ini.
(lagu Hakikat Cinta oleh Kumpulan Simfoni sedang dimainkan)
Hanya
kasihkan Ilahi jadikan impian. Cinta pada manusia hanyalah sementara
Sememangnya
hanya pada Allah yang kita boleh memohon pertolongan. SAY NO TO SYIRIK ! Jadi jika aku dan anda (pembaca) mendambakan kejayaan dalam hidup di dunia dan
akhirat, marilah kita sama-sama bermuhasabah diri ataupun dengan mudah difahami
kita beristighfar sebelum kita memohon pertolongan dari-Nya.
3:45
am
LET ME WRITE <3
Patriotik tak boleh mati
7:21:00 AM Shahrul Amin
7/10/2015
10:20 pm
Walaupun musim
kemerdekaan telah berlalu, patriotik tidak harus terpadam dalam diri..
Saya ada menonton
telefilem tentang sejarah perjuangan Rosli Dhobi dan ahli-ahli rukun 13..
Kisah ini telah
menjelmakan satu perasaan yang tidak boleh digambarkan dengan kata-kata. Di
samping menceritakan tentang perjuangan menuntut kebebasan negeri Sarawak dari
British, kisah ini menyelitkan tentang percintaan Rosli Dhobi dan Ani. Saya
sendiri tidak tahu kesahihan tentang percintaan ini. Kisah percintaan yang
diolah dengan sangat baik oleh kedua-kedua pelakon yang memegang watak Rosli
dan Ani sangat berkesan dan menghadirkan perasaan hiba ketika menontonnya.
Pengorbanan Ani yang tidak berkahwin mungkin kerana beliau memegang janjinya
dengan Rosli Dhobi. “Janji dengan nyawa *kita” adalah kata-kata janji yang
disampaikan Rosli kepada Ani.
*kita bermaksud
kamu...loghat Sarawak...
Rosli Dhobi telah
melakukan sesuatu yang sangat berani dan tidak mampu dilakukan tanpa semangat
juang yang tinggi. Lakonan pelakon Beto Kusyairi telah memberi gambaran tentang
sikap dan semangat yang ada pada Rosli Dhobi yang perlu ada pada anak muda
zaman sekarang.
Rosli Dhobi telah
korbankan usia muda beliau untuk negeri Sarawak. Adakah pengorbanan ini mampu
dilakukan oleh anak muda zaman kini? Tepuk dada tanya hati.
Andai saya ada menulis
kisah yang tidak betul atau palsu, maafkan saya..
Tamat...7/10/2015 10:55 pm
LET ME WRITE
<3
9:20:00 AM Shahrul Amin
Permulaan
sebagai pelajar Pra Universtiti di SMKA Al Mashoor telah membuat aku berfikir
sesuatu..”kenapa aku tak berjaya macam orang lain”... Kematangan yang timbul
dalam diri aku sebagai seorang yang berumur 19 tahun banyak mengubah kehidupan
aku.
Aku
bersama 18 lagi pelajar berjuang untuk diri sendiri..untuk tebus
maruah..Asalnya daripada 21 orang dan kini hanya tinggal 19 orang. Banyak
cabaran kami tempuhi bersama sepanjang tempoh kami menjadi pelajar di sini.Kini
kami berada di penggal yang terakhir dalam Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia
(STPM).
Majoriti kami berasal dari sekolah ini dan dari
Maahad Almashoor Al Islami. Minoriti dalam kelas kami hanya dari sekolah
bantuan kerajaan (SABK). Racist? Wujud
sedikit rasa itu antara kami semua. Semuanya bermula apabila seorang insan ini membeza-bezakan
pelajar SMKA dengan SABK. Semoga dia gembira selalu. Kadang-kadang kami melawak
agak berpada-pada kerana takot ada yang ‘sentap’.
Ada
dikalangan kami yang menegur sesama kami (jika ada buat salah) secara ‘direct’. Kalau fikir kembali ada
bagusnya orang seperti ini. Ada juga dikalangan kami yang degil (termasuk diri
sendiri) yang agak susah untuk ditegur. Jika ditegur mesti akan dibalas balik.
‘AWESOME BRO’ !
Sejujurnya
aku memang susah untuk berkawan kerana aku seorang yang lebih suka diam. Memang
tidak mustahil dalam ramai-ramai kami ni
aku tidak berapa nak ‘ngam’ Walaubagaimanapun aku tetap bersahabat dengan
semua orang dalam kelas ni. Beberapa orang yang aku sangat selesa apabila
berbicara dan berbincang. Syukur Alhamdulillah.
to be continued..
Subscribe to:
Posts
(
Atom
)