Alam Game (Memori & Akhir)


Assalamualaikum guys..haha

Kepada yang membaca post aku yang lepas iaitu alam game mobile, aku ada bagitahu yang post ni akan membuat anda semua menitiskan air mata..

So..

Here we go !

Post yang aku akan ceritakan hari ni adalah kisah terakhir dalam universe alam game aku. Aku akan menceritakan segala pengalaman pahit dan manis sepanjang aku membesar dan memasuki alam game yang aku cipta ni bak kata orang Manchester “how I  struggle to involve in this realm”…cehhh..

Aku mulakan dengan pengalaman manis. Sepanjang aku berada di dalam alam game, kemahiran aku untuk menulis, bertutur dan kefahaman aku dalam Bahasa Inggeris sangatlah membanggakan…bagi aku lah..Contohnya masa aku main Warcraft 3 : The Frozen Throne, banyak perkataan bahasa Inggeris yang aku belajar daripada story mode game tu sampaikan masa main tu aku letak kamus kat sebelah…tak cukup dengan tu..tah berapa kali aku pause masa main game tu sebab banyak gila perkataan yang aku tak faham. Sekarang pun aku masih ikut formula ni dan untuk para pembaca dan pengikut blog aku, korang boleh ikut jugak kalau korang kaki game la. Aku syorkan korang main game  yang ada cerita dan bukan game yang macam PUBG Mobile dan Mobile Legend.





Pengalaman manis yang kedua yang aku nak cerita ni antara peristiwa yang paling aku tak boleh nak lupakan dalam hidup aku. Masa tu kalau aku tak silap masa darjah 6 aku berpeluang ke negeri jelapang padi iaitu Kedah tapi bukan sebab masuk pertandingan ke apa..dia macam….kebetulan..hahaha..Kalau korang ada baca alam game (komputer) korang akan perasan nama Fazri a.k.a Aji. Masa tu aku tengah main game kat rumah dia kebetulan masa tu jugak diorang tengah bincang nak balik kampung dan sekali lagi kebetulan terjadi apabila ayah dia ajak aku ikut sekali sebab adik beradik Aji ni tak ikot sekali. Maka dengan itu aku dapat merasai Iman Char Kuay Tiaw dan Nasi Lemak Royale yang gila popular di Kedah. Meronda tu tayah cakap, memang sakan ditambah pulak kawasan rumah kampung dia tu sebelah sawah..padu beb!




Ok..korang boleh siapkan tisu kat sebelah sambal baca kisah seterusnya ni..

Setiap keriangan yang kita alami akan ada pahitnya. (dramatik sikit) Pada awalnya aku tidak berpeluang untuk memiliki sebarang alat permainan yang moden macam Playstation dan Komputer dan disebabkan itu aku perlu tebalkan muka aku untuk main game kat rumah kawan-kawan aku. Setahu aku kawan-kawan aku dengan keluarga diorang ok je sebab memang rapat tapi jauh dari sudut hati aku, aku malu sebab rasa macam menumpang keseronokan. Kadang-kadang aku lak yang mintak nak main kat rumah diorang..aihh..ingat balik suma tu..malu weh..tapi semua ni tak cukup sedih lagi, harap korang teruskan baca..

Bila main kat rumah kawan-kawan ni, sah-sah aku takda kat rumah jadi benda ni membawa ke pengalaman pahit yang satu ni apabila aku beberapa kali dipukul oleh mak aku. Aku faham kenapa aku kena pukul dan aku tak salahkan mak aku sebab budak-budak kan..biasa lah..nakal..cuma peristiwa ni kan terus jadi peristiwa hitam dalam hidup aku. Kalau ikutkan tak jauh pun aku pergi beza setingkat dengan blok sebelah tapi makan dia..kat bawah ni benda yang pernah hinggap kat badan dengan muka aku..takda gambar yang tepat tapi hampir-hampir..kira jadilah..haha..berbekas jugak lah pembaris tu kat pipi aku yang bam-bam ni..




Macam tu lah kisah aku..macamana aku boleh terjebak, pengalaman pahit dan manis sepanjang aku dalam alam game ni. Sampai sekarang macam yang aku pernah cerita kat kisah sebelum ni,aku Cuma main game dekat komputer riba dan masih belum berpeluang untuk memiliki sebarang konsol. Jadi tamatlah kisah aku berkenaan alam game ni.

Kepada pengikut dan pembaca blog aku..korang boleh komen kat bawah apa-apa yang korang nak aku cerita lepas ni. Jangan lupa jugak untuk follow FB dan IG aku.

Terima Kasih semua ..

 

 


Alam Game (Mobile)


Assalamualaikum…

Sekian lama aku tak menulis apa-apa kat blog ni..hari ni aku kembali..laptop yang aku selalu guna tu rosak..bila aku tanya pakar2..depa kata hard disk prob..harap-harap boley recover segala data yang ada dalam tu.

Okay..kita kembali ke alam game edisi mobile. Aku hanya akan ceritakan pengalaman aku main game dengan penuh komitmen..haha..kalau saja-saja main tu tak masuk dalam kisah ni.

Bermulanya alam game mobile dalam hidup aku masa di Kelantan. Handphone ayah ngoh aku lah yang menjadi titik permulaan aku untuk masuk ke alam game ni. Orang Kelantan akan familiar dengan panggilan ayah ngoh. Aku tak pasti masa tu tahun bila tapi masa tu memang tengah hype jenama Nokia N-Gage. 



Game yang paling aku ingat sekali Call Of Duty. Grafik game tu korang jangan bayangkan  macam main kat PC atau PS sebab kalau dah main dalam fone tu..boleh bayangkan la..bawah ni aku belanja sikit gambar-gambar yang aku ambik dekat google image.





Setelah bertahun-tahun aku tinggalkan alam game mobile ni, aku terjebak semula dengan game-game terkini macam Crash of Clan, Clash Royale, Pokemon Go, PUBG Mobile dan Mobile Legend. Walau bagaimanapun aku masih tak diperangkap ke alam ni sebab aku tak berapa suka main game kat phone.






Sampai ke hari ni..hanya Mobile Legend saja yang masih kekal di phone aku. Aku kongsikan dengan korang semua aku punya akaun dan performance aku selama aku main game tu.





Sebenarnya..alam game mobile ni la yang paling aku kurang masuk dan alami sebab alam game komputer lebih menarik dan berjaya menawan aku.

Kisah aku untuk kali ni pun agak pendek..sorry korang semua..

Tapiii…untuk kisah terakhir dalam alam game ni akan aku tulis dalam masa terdekat dan korang akan sama-sama menitiskan air mata..haha

Sekian..

Alam Game (Komputer)


Assalamualaikum..

Pada posting yang lepas aku telah menceritakan tentang alam yang ada dalam diri aku ni…camna..best tak..haha..So….Posting kali ni aku akan menceritakan tentang alam game yang seterusnya  iaitu komputer.

Seingat aku la..first time aku main komputer kat umah Piqoh ataupun nama sebenar Zulfiqah iaitu sepupu aku. Masa tu dalam tahun 2000 – 2003 cmtu la. Ketika itu..(ceh)..haha…masa tu aku diperkenalkan dengan game Virtua Cop (Vcop) dan Midtown Madness 2. Masa tu main game ni kira nak redah je..takdenya nak amik tahu pasal jalan cerita game  tu…Vcop ni kalau nak cerita..perghh..first game yang aku habiskan. Bagaimana aku mengabiskan permainan elektronik itu..haaa..ni lah fasa kedua alam game  komputer dalam hidup aku.



Ayah aku telah membeli satu set komputer untuk kegunaan kerja beliau tapi tetap mempunyai beberapa game. Time ni ar aku berkesempatan untuk menghabiskan game Vcop ni. Antara kata-kata ayah aku yang aku ingat masa dia bersembang ngan kawan dia..

“dia kecik2 dan terer main game..tetiba dia bagitahu..abah..amin dah kalahkan suma boss2 dalam game ni” …aku speechless..haha..

Dalam masa ni jugak aku belajar selok belok menggunakan computer macam Microsoft Word ngan Microsoft Power Point.


HONOURABLE MOMENT

Antara kenangan terbaik aku dengan arwah ayah aku..beliau berjaya menghabiskan game Plant vs Zombie yang mana aku berhempas pulas untuk habiskan..tau2 ayah aku cakap “meh abah buat” ..beliau buat sampai habis game tu.


Kita berganjak ke beberapa tahun selepas itu. Dalam siri alam game yang lepas aku ada menulis nama Fazri a.k.a Aji..haaa..meh nk cita pasal dia..

Dia jiran blok la kira..aku blok C..dia blok A..dengan dia aku belajar terlalu banyak ilmu mengenai computer lebih-lebih lagi berkaitan game ar. Akaun mukabuku ataupun Facebook juga berjaya dilahirkan dalam masa aku mengenali dia. Dia mewarisi bakat ayahnya yang mempunyai kemahiran dalam membaiki computer. Game seperti Grand Theft Auto Vice City dan beberapa lagi yang aku dah tak ingat berjaya merasuki minda dan yang paling penting dia mengajar aku ilmu crack. Banyak jugak cd game yang aku pinjam kat dia untuk install di komputer ayah aku sehingga beberapa ianya rosak..emm..haha. Sorang lagi kawan aku yang membantu aku dalam alam game ni ialah Fikry a.k.a Iky. Dia jiran setingkat ar dengan aku tapi kisah aku dengan dia tak banyak tetapi ada kisah yang mendukakan..nantikan di kisah akan datang.


Ok..masuk zaman sekolah menengah minat aku terhadap game membuak-buak kerana mempunyai kawan-kawan sekelas yang juga ada minat yang sama. Di sekolah aku mengenali apa itu Gameboy Emulator dan game2 seperti Fifa dan Dota. Antara detik-detik manis aku kat sekolah dulu masa aku berjaya mengalahkan champion iaitu Cien dan Ikhmal dalam game Fifa….di..cybercafe..di..Balik Pulau…dengan cara...faham2 lah..tapi bukan masa sekolah tau..kami duk asrama…hehe.



Begitulah cerita bagaimana alam game berkenaan komputer memasuki diri aku. Komputer jugaklah alat main game yang aku guna sehingga kini..cuma sekarang guna laptop ar..set komputer ngan konsol mahal kot. Aku sendiri pun rasa akan terus menggunakan komputer untuk bermain game berbanding konsol. Kisah akan datang aku akan menceritakan tentang alam game berkaitan Mobile.



 

 

 

                                                                     

Pak Dogo


Assalamualaikum…


Semalam aku telah menonton sebuah telefilem yang bertajuk Pak Dogo di Astro Citra. Telefilem ini diarahkan oleh seorang pengarah yang tidak asing lagi dengan karya-karya hebat iaitu Sabri Yunus. Beliau sememangnya dikenali dengan penghasilan karya yang mengangkat budaya masyarakat Kelantan seperti telefilem Pok Ya Cong Codei dan Panjak 7. Telefilem ini sepenuhnya dilakonkan oleh pelakon-pelakon dari Kelantan dan semua dialog di dalamnya dituturkan dengan loghat Kelantan disertakan dengan sarikata Bahasa Melayu baku.

Tujuan aku menulis ini bukan untuk mengkritik atau menceritakan tentang karya ini secara terperinci tetapi hanya untuk memberi ulasan mengikut pandangan aku a.k.a palatau..haha.

Sinopsis

Telefilem ini mengisahkan tentang Zakaria ataupun dipanggil Khoya yang sangat meminati dan mahu menjadi tok dalang di dalam persembahan wayang kulit walaupun ditentang oleh ibunya. Khoya mempunyai seorang musuh iaitu Sidek. Mereka berdua menyukai perempuan yang sama iaitu Salmi dan di situ juga lahir konflik antara mereka. Setelah berusaha dengan bersungguh-sungguh, Khoya berjaya menjadi tok dalang dan diserahkan kepadanya satu patung wayang kulit yang mempunyai keramat iaitu Pak Dogo. Khoya telah membuat perjanjian dengan Pak Dogo supaya Pak Dogo menjaga keselamatannya.

Ulasan

Bagi pandangan aku terdapat beberapa babak yang menimbulkan persoalan dan kekeliruan. Inilah yang menarik tentang telefilem ini.

1.     Di dalam satu babak antara Salmi dan Khoya, Salmi memberitahu yang dulunya dia membenci Khoya dan babak ini menghasilkan persoalan di pemikiran aku tentang bagaimana usaha Khoya memikat hati Salmi.

2.     Watak Khoya dan Sidek. Dua watak ni bagi aku sangat menarik kerana di awal cerita ditunjukkan yang Khoya ini adalah pemuda yang baik dan Sidek sebagai antagonis.

3.     Patung Pak Dogo diserahkan kepada Pak Do dan Khoya walaupun dikatakan diwarisi sejak turun temurun oleh seorang tok dalang yang sangat berpengalaman dan juga dikatakan hanya keturunannya sahaja boleh mewarisi patung itu.

Pengajaran yang aku dapat dari telefilem Pak Dogo :

·        Menjauhkan diri daripada amalan syirik. Wayang kulit jika hanya untuk persembahan atau hiburan ia dibolehkan tetapi jika diamati dengan lebih dalam, seni wayang kulit ini mempunyai unsur-unsur pemujaan roh semasa persembahan. Menurut ibuku, wayang kulit juga mempunyai upacara santapan makanan kepada roh ataupun semangat kepada patung-patung itu.

·        Memikat wanita dengan cara yang betul. Kita tidak perlu menggunakan cara yang salah untuk mendapatkan perhatian atau kasih sayang. Watak Sidek dari sudut yang lain menunjukkan cara yang sebenar iaitu kita mengambil hati dan mempunyai hubungan yang baik dengan ibu bapa perempuan yang kita inginkan.

·        Menjaga warisan budaya kita. Watak Pak Do ketika dia bersembang dengan Khoya memberitahu yang dia tidak membuat kerja lain selain dari membuat patung dan menjadi tok dalang. Aku dapat lihat kesungguhan Pak Do dengan memberikan sepenuh jiwa dan raga untuk memastikan wayang kulit terus dijalankan. Dia juga memarahi Khoya dan kawan-kawannya yang bermain-main ketika berlatih wayang kulit.

Jawapan untuk kekeliruan dan persoalan :

1.     Khoya sebenarnya mendapatkan bantuan Pak Do untuk memikat Salmi. Dia menggunakan ilmu yang salah dan berjaya dihidu oleh Sidek dan ayah Salmi. Mujurlah pada akhir cerita ini ayah Salmi mendapatkan bantuan seorang ustaz di kampung itu.

2.     Watak Khoya di awal cerita menunjukkan sikap yang rajin dan bersungguh-sungguh tetapi dibongkarkan perbuatan khurafatnya sehinggakan Salmi tergila-gilakan dirinya.

3.     Khoya sebenarnya mempunyai pertalian darah dengan pemilik asal patung Pak Dogo. Khoya ada memberitahu kepada Pak Do mengenai hal ini setelah dia berjaya menjadi tok dalang. Ibu Khoya juga ada memberitahu tentang perkara ini kepada roh patung Pak Dogo untuk memberhentikan gangguan yang dialami oleh Khoya

Dari segi kualiti, telefilem ini mempunyai sinematografi yang sangat cantik dan bertaraf filem. Hasil kerja pengarah Sabri Yunus yang mahu menonjolkan perihal wayang kulit di Kelantan sememangya A++. Di akhir cerita ditunjukkan bahawa tiada kuasa yang boleh menandingi kuasa Allah SWT dengan ditunjukkan berlaku kebakaran ketika upacara bersemah dan telah menamatkan telefilem Pak Dogo. Link di bawah ialah lagu mengenai watak Pak Dogo yang dinyanyikan oleh M.Nasir


https://www.youtube.com/watch?v=L0mrLdBJ57c

Alam Game (Konsol)


Assalamualaikum

Hampir dua tahun aku tidak menulis apa-apa dalam blog ni..haha..tetapi setelah melepasi segala rintangan dan cabaran akhirnya ia berjaya disiapkan.."bajet macam siap novel" kataku dalam hati. Dalam posting kali ni aku akan menceritakan tentang asal usul alam game yang telah wujud sekian lama di dalam kehidupanku yang indah ini. Kisah ini akan diceritakan dalam beberapa siri.

Ianya bermula sekitar tahun 2000 apabila ayahku membeli sesuatu yang dipanggil Game Tape. Aku tak pasti apa nama sebenarnya tapi itulah yang dipanggil oleh aku dan abang aku yang memonopoli alat ini sepenuhnya tapi still kena buat muka comel untuk meminta kebenaran daripada ibuku. Game yang kami main ketika itu antaranya Mario, Duck Hunt dan Contra. Antara peristiwa yang aku tak boleh lupa masa main alat tu ialah ketika abang aku menghabiskan semua tahap di dalam game Contra. Aku yang bermain dengan membabi buta dan tidak menggunakan akal serta cepat berputus asa hanya melihat dia menjuarai game itu.




What a wonderful moment !

Kisah ini bersambung setelah aku dan keluargaku berpindah ke Pulau Pinang pada tahun 2002. Ketika aku tinggal di Bayan Indah aku berjiran dengan guruku sendiri iaitu Cikgu Laila tapi itu tak cukup menarik lagi..yang menariknya anak beliau mempunyai PS1. Di situ aku mula mengenali selok belok bermain PS dan antara game yang aku ingat ialah WWE. Kisah ini menjadi lebih menarik apabila aku mengenali Arif iaitu jiran Cikgu Laila. Aku mendapat pengalaman yang lebih banyak bersama Arif kerana dengan dia aku sempat bermain PS2 dan Xbox. Hal ini telah berjaya menambah pengalaman dan ilmu aku tentang game (acah ayat karangan bm). Masa ini jugaklah game-game seperti FIFA, GTA, Manhunt dan The Warriors telah menembusi mindaku sehingga aku obses. FIFA adalah game yang sampai sekarang aku main dan tak boleh nak move on...haha..

Game The Warrior telah memberikan aku sebuah kenangan yang aku tidak akan lupakan sampai bila-bila kerana aku berjaya menghabiskan keseluruhan game ni dengan bantuan Fazri aka Aji.

Watak Aji sangat berperanan besar dalam hidup aku...nak tahu kenapa? Tunggu cerita yang seterusnya dalam siri alam game ni..Jumpa lagi !!




Let Me Write 💬