Dari hati
Dah lama tak menaip..bukan apa..agak kering
idea..huhu
Assalamualaikum.. 23/12/2016 10:00 pm.
Dalam entri yang lepas
aku ada menghighlightkan tentang
genre muzik yang aku sangat gemari iaitu reggae. Muzik yang asalnya dari negara
Jamaica ini bermula sekitar tahun 60 –an dan sehingga kini mempunyai ramai pendengar
dari seluruh dunia. Nama Bob Marley sudah tidak asing dalam industry reggae
ini. Beliau antara orang yang penting dalam industri dan berpengaruh walaupun
sudah meninggal dunia. Antara nama-nama yang popular dan aku sangat minat iaitu
Ras Muhammad (Indonesia) dan Salam (Malaysia). Sememangnya banyak lagi kumpulan-kumpulan
reggae yang ada di negara ini dan negara serantau tapi biasalah..taste masing-masing.
Muzik yang dibawa oleh
genre reggae ni majoritinya mempunyai maksud yang tersirat dan mudah difahami.
Mesej ataupun pesanan yang deep dan
mengenai isu semasa menjadi tarikan untuk orang mendengar dan meminatinya.
Mesej-mesej ketuhanan juga diselitkan dalam lagu membuatkan kepelbagaian cara
untuk berdakwah.
Buat masa ni aku belum
bekerja kerana kehendak hati..Kerja di KFC yang hampir setahun aku terpaksa lepaskan
kerana beberapa masalah..
Susah bekerja dengan
orang yang suka mengambil kesempatan ke atas rakan sekerjanya..Cuba bayangkan
korang bekerja dengan dua orang pada masa yang sama tetapi kau sorang ja yang
buat kerja..WTH !.. Itu antara masalah masa aku kerja di sana..
Sekarang aku hanya
duduk di rumah dan gigih menyelesaikan tahun 2016.. atas kehendak ibuku yang
mahu aku menjadi guru, aku akan pergi ke satu temuduga untuk menjadi guru
KAFA..sememangnya ini bukan minat aku..tapi aku akan cuba sebaiknya di temuduga
itu..SEJUJURNYA aku memang taknak jadi cikgu..
Semoga pembaca terhibur
dan jangan lupa follow.. <3 LET ME WRITE
0 Comments :
Post a Comment